Olga260991's Blog

Just another WordPress.com weblog

Sejarah Amalan undang-undang Mei 4, 2011

Filed under: ASPEK HUKUM DALAM EKONOMI — olga260991 @ 1:57 pm


Amalan undang-undang lazimnya dikawal oleh satu organisasi kerajaan atau satu badan regulasi bebas seperti persatuan peguam, majlis peguam, dan persatuan undang-undang. Untuk mengamalkan undang-undang, badan regulasi berkenaan mesti mengesahkan pengamal berkenaan. Biasanya ini memestikan pembelajaran undang-undang selama tiga atau empat tahun di fakulti undang-undang sesebuah universiti atau di sekolah undang-undang bebas. Kemudiannya, pelajar yang tamat pengajian undang-undangnya diberi ijazah Bachelor of Laws, Bachelor of Civil Law atau Juris Doctor. Selepas ini pula satu peperiksaan kemasukan (seperti kemasukan bar) perlu diduduki. Sesetengah negara pula mewajibkan satu lagi kelayakan vokasional sebelum seseorang dibenarkan mengamalkan undang-undang. Dalam kes dimana seseorang ingin menjadi barrister, ini akan bersambungkan Ijazah barrister-at-law diikuti oleh pengajaran oleh satu lagi barrister berpengalaman.
Ijazah undang-undang lajutan juga sering dikejari, walaupun meraka adalah ijazah akademik dan tidak diperlukan untuk pengamalan undang-undang. Ini merangkumi Master of Laws, Master of Legal Studies dan Doctor of Laws.
Selepas diakreditasi, seseorang peguam biasaya akan berkerja di satu firma guaman, dalam satu kamar sebagai satu pengamal sendiri, untuk satu kerajaan atau sebagai penasihat satu badan koperat. Satu lagi pilihan adalah untuk menjadi penyelidik undang-undang yang memberi perkhidmatan secara permintaan selidikan undang-undang melalui satu perkhidmatan komesial atau secara bebas. Ramai orang yang terlatih dalam bidang perundangan menggunakan ilmu mereka diluar bidang undang-undang secara keseluruhan.
Satu komponen signifikan kepada pengamalan undang-undang dalam tradisi common law melibatkan penyelidikan undang-undang untuk mengenalpasti situasi perundangan terkini. Ini biasanya merangkumi pencarian dalam loporan kes, periodikal undang-undang dan legislasi. Pengamalan undang-undang juga merangkumi penyediaan dokumen seperti rayuan mahkamah, taklimat yang berpengaruh, kontrak, surat-surat warisan dan amanah. Rundingan dan penyelesaian pertikaian juga merupakan sebahagian penting pengamalan undang-undang mengikut bidang.
Salah faham umum
Keadilan disamakan dengan undang-undang
Sebahagian masyarakat berpendapat keadilan itu adalah undang-undang dan undang-undang adalah adil. Sebenarnya jika dilihat daripada aspek definisi moden undang-undang, keadilan berbeza dengan undang-undang. Idealnya suatu undang-undang itu adalah adil. Namun realitinya undang-undang tidak semestinya adil. Sebagai contoh sesuatu rang undang-undang akan menjadi undang-undang yang sah apabila diluluskan oleh Parlimen. Namun, tidak semestinya undang-undang tersebut akan dirasa adil oleh semua ahli masyarakat. Walau bagaimanapun jika dilihat undang-undang daripada falsafah Undang-undang Islam, maka umat Islam yang berpengetahuan percaya bahawa Undang-undang Islam adalah adil kerana ia bersumberkan daripada Allah yang mempunyai sifat adil. Jika ada sebahagian manusia memandang Undang-undang Islam itu sebagai tidak adil, mereka sebenarnya tidak memahami hikmah disebalik Allah menetapkan sesuatu undang-undang Islam tersebut dan bukannya Allah berlaku tidak adil kepada manusia.
Undang-undang dibuat oleh peguam atau undang-undang boleh diubah oleh peguam
Sebahagian ahli masyarakat berdebat dengan peguam dengan mengatakan sesuatu undang-undang itu tidak adil. Perbincangan adalah sesuatu yang baik. Namun ada sampai suatu peringkat sebahagian ahli masyarakat seolah-olah mempersalahkan peguam berkenaan ketidakadilan sesuatu undang-undang seakan-akan persepsi mereka bahawa peguamlah yang membuat undang-undang ataupun peguam boleh mengubah sesuatu undang-undang sekiranya ia tidak adil. Seperti yang dinyatakan sebelum ini undang-undang dibuat oleh badan yang membuat undang-undang. Di dalam sistem pemerintahan berparlimen, maka undang-undang dibuat oleh Parlimen. Manakala sebahagian undang-undang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah terdiri daripada ahli-ahli politik yang memenangi pilihanraya sesebuah negara atau negeri.
Tidak memahami dan seterusnya tidak dapat membezakan undang-undang bersifat substantif dengan undang-undang bersifat prosedural
Ada ketikanya seseorang awam berjumpa peguam dan dengan yakin meminta peguam mengeluarkan saman terhadap seseorang lain yang katakanlah telah meminjam wang berjumlah RM10,000.00 tetapi masih gagal membayar pada waktu yang ditetapkan. Orang awam tersebut yakin bahawa dia akan menang kes tuntutannya kerana baginya adalah jelas orang itu meminjam daripadanya dan masih tidak membayar hutang. Namun orang awam tersebut hampa apabila diberitahu oleh peguam bahawa mungkin beliau tidak akan berjaya dengan tuntutan samannya. Kenapa boleh jadi demikian? Perkara begini berlaku kerana si orang awam tersebut hanya melihat daripada aspek undang-undang substantif iaitu haknya untuk mendapat wang yang telah ia pinjamkan kepada seseorang dan tanggungjawab seseorang itu untuk membayar balik wang tersebut manakala peguam pula melihat lebih menyeluruh termasuk peluang kejayaan tuntutan tersebut daripada aspek undang-undang prosedural. Sebahagian ahli masyarakat tidak menyedari bahawa terdapat undang-undang prosedur iaitu undang-undang yang mengawal bagaimana membuktikan sesuatu tuntutan seperti undang-undang keterangan dan undang-undang prosedur sivil. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu tidak dapat membuktikan tuntutannya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang keterangan, maka seseorang itu mungkin akan gagal di dalam tuntutannya.
Kemenangan dan kekalahan sesuatu kes di mahkamah ditentukan semata-mata oleh peguam
Sebahagian masyarakat salah anggap bahawa menang atau kalah sesuatu kes di mahkamah ditentukan semata-mata oleh peguam. Sekiranya menang kes maka peguam yang mengendalikan kes itu dianggap handal. Sehingga ada juga kata-kata negatif (dalam konteks kes jenayah) bahawa peguam melepaskan orang yang telah melakukan kesalahan jenayah. Ada pula menyalahkan peguam secara mutlak jika kalah sesuatu kes sehingga boleh membawa kepada kesan negatif yang ekstrem seperti menyebabkan peguam itu dibenci, didendam malah mungkin dibunuh. Kedua-dua fahaman tersebut adalah silap. Memang benar peguam akan menggunakan pengetahuan dan kemahirannya untuk memenangi sesuatu kes namun ia masih dalam batas undang-undang. Peguam tidak boleh membuat sesuatu di luar batas undang-undang. Peguam terikat dengan peraturan-peraturan seperti undang-undang keterangan seperti “dengarcakap” (hearsay), “kebolehterimaan keterangan” (admissibility) dan sebagainya. Peguam hanya membantu menyampaikan undang-undang dan fakta (melalui saksi-saksi), namun yang membuat keputusan mutlak sama ada seseorang itu menang atau kalah, didapati bersalah atau tidak bersalah adalah terletak pada mahkamah yang membicarakan.
Apabila seseorang itu didakwa di mahkamah (terutama di dalam kes jenayah) maka orang itu adalah bersalah
Di dalam masyarakat Malaysia secara umumnya, apabila seseorang itu ditangkap dan didakwa, maka sebahagian masyarakat telah menganggap bahawa orang yang didakwa (juga dikenali dengan panggilan “tertuduh”) itu adalah bersalah. Sebahagian ahli masyarakat berpendapat demikian dengan menggunakan kaedah logik “simple” yang digambarkan dengan peribahasa Melayu “Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin”. Maksud peribahasa itu di dalam kes seseorang yang didakwa ialah “takkan orang itu ditangkap dan didakwa kalau dia tidak bersalah”. Malangnya masyarakat kurang menyedari bahawa seseorang didakwa berdasarkan bukti yang diperolehi pada ketika itu. Namun banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang itu disabitkan bersalah oleh mahkamah. Mahkamah perlu menilai banyak faktor lain termasuklah juga adakah tertuduh difitnah, teraniaya dan sebagainya. Bayangkanlah sekiranya mahkamah tidak teliti lalu mensabitkan seseorang melakukan kesalahan membunuh orang dengan niat. Maka orang tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Apakah implikasinya jika setelah orang tersebut digantung, didapati kemudian ada bukti menunjukkan bahawa orang tersebut teraniaya oleh orang lain? Bolehkah nyawa orang yang digantung itu dikembalikan? Itulah di antara sebabnya di dalam kes-kes jenayah, mahkamah amat berhati-hati membicarakan sesuatu kes jenayah dan akan membebaskan tertuduh sekiranya mahkamah berpendapat pihak pendakwa gagal membuktikan.

referensi :
http://www.google.com

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s