Olga260991's Blog

Just another WordPress.com weblog

Badan undang-undang Mei 4, 2011

Filed under: ASPEK HUKUM DALAM EKONOMI — olga260991 @ 1:53 pm


Dalam istilah yang paling meluas, badan undang-undang boleh di bahagikan diatas dasar dimana siapakah pihak-pihak kepada satu tindakan. Adalah hanya untuk bidang perundangan yang kelihatan berbeza mempunyai pertindanan.
Undang-undang khusus
Cabang undang-undang khusus dalam satu sistem perundangan merangkumi undang-undang yang mengawal pertikaian antara individu peribadi (bukan negara). Cabang ini adalah cabang paling komprehensif undang-undang kerana berkait dengan semua kecederaan bukan jenayah yang dilakukan oleh seseorang kepada orang yang lain. Undang-undang khusus boleh merujuk kepada undang-undang sivil, tetapi tidak boleh dikelirukan dengan sistem perundangan sivil yang diamalkan ramai negara.
Undang-undang antarabangsa khusus adalah lanjutan pertikaian diantara individu yang merentasi persempadanan. Ia merangkumi kesemua kontrak perdagangan seperti bil-bil muatan (untuk perkapalan) dan hak-hak individu seperti warisan harta. Elemen penting undang-undang antarabangsa khusus masih belum dikodifikasikan (sebagai contoh lex situs tempat wajar pemilikan harta) tetapi telah diiktiraf pelbagai negara dengan itu masih wujud sebagai undang-undang adat.
Apabila tafsiran undang-undang antarabangsa khusus berlainan antara bidang-bidang kuasa, muncullah konflik undang-undang.
Undang-undang umum
Cabang undang-undang umum, secara umumnya, adalah undang-undang dalam suatu sistem perundangan yang merangkumi organisasi undang-undang pelbagai cabang kerajaan dan institusi-institusi negara, disamping pertikaian diantara negara dan individu peribadi yang bermastautin dalam negara berkenaan. Negara boleh membawa tindakan undang-undang keatas orang untuk perbuatan jenayah mereka, disamping pelanggaran undang-undang regulasi. Undang-undang umum boleh dibahagikan kepada tiga kategori; undang-undang Pentadbiran, Perlembagaan dan Jenayah.
Berdasarkan prinsip yang sama, individu juga boleh menyaman kerajaan untuk sebarang kesalahan yang ia timbulkan keatasnya. Ini termasuklah dasar pelanggaran regulasi, legislasi dalam perkara yang tidak menjadi bidang mereka, atau pelanggaran hak seseorang individu. Poin kedua-dua yang akhir ini biasanya diberi perlindungan dibawah perlembagaan satu negara.
Undang-undang prosedur
Undang-undang prosedur mengenai kawasan perundangan yang berkait proses undang-undang. Ini merangkumi sesiapa yang boleh mendapat akses kepada sistem kehakiman, bagaimana suatu bantahan dihantar, dan apakah hak-hak pihak yang terlibat. Secara lazimnya, ini dibawah dalam suatu kod prosidur sivil dan kod prosidur jenayah sesuatu negara. Akan tetapi ini juga merangkumi bukti yang menentukan apakah cara yang boleh digunakan untuk membuktikan fakta, disamping undang-undang berkenaan ganti rugi.
Undang-undang antarabangsa
Undang-undang antarabangsa adalah undang-undang berkenaan antara negara, atau individu-individu negara-negara berasingan, atau organisasi antarabangsa. Kedua-dua sumber utama cabang ini adalah undang-undang adat istiadat dan triti.
Falsafah perundangan
Falsafah perundangan adalah satu cabang falsafah yang mengkaji persoalan asas mengenai undang-undang dan sistem perundangan seperti “Apakah itu undang-undang?”, “Apakah kriteria untuk pengesahan undang-undang?”, “Apakah perhubungan diantara moraliti dan undang-undang?” dan persoalan-persoalan serupa lain.
Dalam tradisi Barat terdapat beberapa sekolah pemikiran tentang asas falsafah undang-undang. Pertamanya, terdapat undang-undang semulajadi, yang cuba untuk menerangkan undang-undang sebagai satu kualiti yang berada dalam manusia yang dianugerahkan oleh alam. Kedua, terdapat positivisme yang mempercayai bahawa undang-undang hanyalah seratus-peratus ciptaan manusia yang digunakan masyarakat untuk menjaga keamanan sosial. Ketiganya terdapat realisme undang-undang yang mempercayai bahawa undang-undang adalah satu peraturan yang dikenakan sesuka hati, berdasarkan kepercayaan dan kecenderungan para hakim sahaja. Intepretasisme undang-undang adalah satu teori kontemporari undang-undang yang berlainan daripada positivisme dan undang-undang semulajadi. Tradisi Timur juga mempunyai falsafah perundangan tersendiri seperti legalisme.
Antropologi undang-undang
Undang-undang mempunyai satu dimensi antropologi. Ia telah diiktiraf ahli falsafah Montesquieu bahawa sehingga sekarang, undang-undang dibentuk oleh masyarakat yang diperintahnya. Satu kontinum dimana pelbagai masyarakat boleh diletak membezakan “budaya undang-undang” dengan “budaya maruah”. Untuk mempunyai satu budaya undang-undang, masyarakat mesti berada dalam satu keadaan dimana ada satu kerajaan wujud yang penguasaannya adalah susah untuk dielak serta diiktiraf sebagai sah. Orang perseorangan mengambil pertikaian mereka kepada kerajaan dan agen mereka untuk penyelesaian. Keadaan ini dibezakan dengan budaya maruah dimana kepatuhan kepada hak dan barangan orang lain didasarkan ketakutan balas dendam yang mungkin menimpa mereka sekiranya mereka bertindak melanggarinya.
Budaya undang-undang mesti dijagai. Ia boleh menghilang dengan kepatuhan terhadap undang-undang yang beransur-ansur lenyap, yang berlaku sekiranya kerajaan terlalu lemah untuk menguatkuasakannya, ataupun larangan ketat yang cuba menghampuskan amalan-amalan yang telah sekian lama wujud dalam budaya atau subbudaya satu masyarakat (sebagai contoh, pengamalan dowri di India). Apabila satu budaya undang-undang lenyap, ada kemungkinan besar budaya maruah naik menggantikannya.
Perbezaan diantara budaya undang-undang dan budaya maruah adalah bersifat antropologi; ia tidak merangkumi falsafah perundangan atau satu sudut penglihatan dalaman undang-undang. Dalam budaya maruah, kebanyakan orang masih bersetuju bahawa undang-undang “masih wujud”. Para ahli falsafah undang-undang juga masih memanggil peraturan-peraturan mereka undang-undang untuk pelbagai tujuan.

referensi :
http://www.google.com

 

Tinggalkan komentar